Sumber memberitahu, suspek kejadian di Ottawa, Michael Zehaf-Bibeau yang baharu menganut agama Islam kini sedang disiasat oleh polis Canada dan dipercayai terpengaruh dengan ajaran seorang imam dari Britain, Anjem Choudary.
"Saya tidak mengenali individu yang terlibat dalam kejadian kelmarin yang dipercayai mengikuti perkembangan saya melalui Twitter. Walaupun dia mengikuti perkembangan saya, ini tidak bermakna saya mempengaruhi perbuatan dia," kata Anjem kepada pemberita. – REUTERS