Search This Blog

Tuesday, October 14, 2014

Ibu, kekasih dituduh bunuh anak



ANGGOTA polis mengiringi Gayathiry (tengah) ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang semalam.


SEBERANG PERAI – Seorang ibu bersama kekasihnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Bukit Mertajam di sini semalam atas tuduhan membunuh anak lelaki wanita berkenaan yang berusia lima tahun bulan lalu.
Mengikut pertuduhan, wanita berkenaan, T. Gayathiry, 30, dari Kulim, Kedah dan kekasihnya, R. Saravanan Kumar, 24, yang berasal dari Klang, Selangor dituduh secara bersama membunuh S. Kaviarasan di tepi jalan Ladang Permatang Sera, Bukit Mertajam antara pukul 8 pagi, 20 September lalu hingga 11.25 pagi, 29 September lalu.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3G4bqvOk1 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment