Search This Blog

Friday, October 24, 2014

Hangus RM400,000



BEGINILAH keadaan dua buah bengkel kereta yang terbakar di kawasan Industri Kecil dan Sederhana Malim Jaya semalam.


MELAKA – Dua pemilik bengkel berputih mata akibat kerugian RM400,000 apabila bengkel mereka yang terletak di kawasan Industri Kecil dan Sederhana Malim Jaya dekat sini terbakar kelmarin.
Dalam kejadian pukul 11.45 malam itu, salah seorang pemilik bengkel iaitu Foo Chin Fat, 59, turut kerugian wang tunai sebanyak RM4,000 yang turut hangus.
Seorang lagi pemilik, Ong Hou Hin, 53, pula terkilan kerana bengkel yang baru dibeli kira-kira tiga bulan itu masih dalam proses menukar hak milik.

ANGGOTA forensik bomba memeriksa kesan kebakaran di tempat kejadian.


Chin Fat memberitahu, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu pada pukul 12 tengah malam selepas dihubungi seorang rakan yang tinggal berhampiran bengkelnya.
“Semasa kejadian terdapat empat buah kenderaan masing-masing dua buah kereta iaitu Proton Wira dan Perodua Kancil, sebuah lori dan sebuah motosikal. Wang tunai yang hangus adalah untuk membeli peralatan membaiki kenderaan,” katanya ketika ditemui semalam.
Ujar Chin Fat, Perodua Kancil dan lori adalah milik pelanggan manakala Proton Wira dan motosikal pula miliknya. Beliau mengalami kerugian kira-kira RM300,000.
Sementara Hou Hin pula memberitahu, bengkelnya menjalankan kerja-kerja semburan cat kenderaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3H0cByfoU 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment