Search This Blog

Tuesday, October 14, 2014

Guru ditahan disyaki liwat pelajar


KUCHING 13 Okt. - Polis menahan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Sri Aman setelah dipercayai meliwat seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun sebanyak dua kali pada Mei tahun lalu dan yang terbaharu pada Ogos lalu.
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu, iaitu hari sama mangsa membuat laporan polis.
Dalam laporannya, mangsa mendakwa diliwat di lokasi sama iaitu di sebuah flat di Sri Aman. Suspek turut memberikan wang tunai sebanyak RM30 dalam kejadian kali pertama dan RM10 kali yang kedua.
Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, guru itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, guru berkenaan telah dilepaskan dengan jaminan polis selepas disoal siasat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20141014/je_04/Guru-ditahan-disyaki-liwat-pelajar#ixzz3G4XnPAp3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment