Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Gunung berapi meletus di Jepun: 3 lagi mayat ditemui

ANGKATAN Tentera Jepun (JSDF) siap sedia untuk menjalankan misi mencari dan menyelamat di Gunung Ontake. - Foto Reuters
TOKYO: Anggota penyelamat menemui tiga lagi mayat di puncak gunung berapi di sini selepas misi mencari yang terhenti akibat hujan lebat pada Khamis lalu, diteruskan pagi ini.
Pihak berkuasa tempatan berkata, seramai 16 orang hilang di Gunung Ontake, yang meletus minggu lalu.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada tiga mayat yang ditemui itu termasuk dalam mereka yang hilang.
Setakat ini, sebanyak 47 mayat sudah dibawa turun dari gunung berkenaan.
Anggota penyelamat berkata, gunung berkenaan dilitupi sehingga setengah meter debu yang menyebabkan mereka sukar bernafas, dengan beberapa mayat ditemui dalam keadaan separuh tertimbus, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa mangsa yang masih hilang mungkin turut tertimbus.
"Pasukan penyelamat mendapati seramai tiga mangsa yang terperangkap di puncak gunung menghidap serangan jantung dan bersedia untuk membawa mereka turun ke bawah," kata seorang jurucakap polis di Nagano, tengah Jepun, di mana lokasi gunung berapi itu meletus.
Seramai 930 anggota tentera, bomba dan polis memulakan pencarian mereka pagi ini selepas operasi mencari itu terhenti akibat hujan lebat sejak Khamis lalu.

No comments:

Post a Comment