Search This Blog

Thursday, October 2, 2014

Gunung api menjulang 100 meter


Kota Kinabalu: “Saya ingatkan dentuman kilat, sebaik melihat dari tingkap saya terkejut apabila api menjulang tinggi 100 meter,” kata Siti Nukiah Mansur, 24, pengasuh Taska di Taman Cerah Menggatal, 20 meter dari tempat kebakaran di stor penyimpanan minyak di bengkel di Batu 10 Jalan Tuaran By Pass, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.20 malam itu, 15 lori pelbagai jenis termasuk empat lori tangki dan empat lori kontena musnah terbakar bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. 
Manakala 200 penduduk di Taman Cerah Menggatal, dekat sini, bertempiaran lari keluar dari kediaman masing-masing kerana bimbang api berkenaan merebak. 

Difahamkan juga, berlaku beberapa letupan kuat sehingga boleh didengari orang ramai pada jarak tiga kilometer.
Foto
KAWASAN yang terbakar di bengkel di Batu 10 Jalan Tuaran By Pass, Kota Kinabalu.
Foto
LORI tangki musnah terbakar dalam kejadian di stor penyimpanan minyak.

Menceritakan lebih lanjut kejadian itu, Nukiah berkata, ketika kejadian, dia bersama dua lagi rakannya bersiap untuk tidur di dalam bilik masing-masing namun terkejut apabila terdengar dentuman kuat dari luar rumah.

“Saya bangun untuk melihat jika ada apa-apa yang berlaku dan apabila dilihat dari dekat beberapa lori di sebuah bengkel berhampiran rumah kami musnah terbakar. 

“Ketika itu juga, berlaku letupan kuat menyebabkan saya bersama dua lagi rakan mengambil dokumen penting sebelum keluar dari rumah kerana bimbang berlaku sesuatu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam kelmarin. 

Menurutnya, sebaik keluar dari rumah, beberapa jiran berhampiran juga keluar menyelamatkan diri kerana api terlalu kuat disusuli letupan. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/02

No comments:

Post a Comment