Search This Blog

Friday, October 3, 2014

Geng topeng berakhir


Gombak: Hanya mencuri kenderaan mahal dan mudah dijual. Itu dilakukan dua beradik dikenali ‘geng topeng’ yang aktif melakukan kegiatan jenayah di sekitar Rawang di sini, sejak awal tahun ini.
Bagaimanapun, tindakan dua beradik berusia 25 dan 27 tahun itu yang terbabit dalam 20 kes curi kereta akhirnya tumpas selepas mereka diberkas polis pada 18 September lalu. 
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, polis turut merampas tiga kenderaan curi model Isuzu Dmax, Toyota Vios dan Honda Accord bernilai RM200,000. 

Menurutnya, siasatan polis mendapati suspek melakukan jenayah di sekitar Rawang, Bandar Country Homes dan Bandar Tasik Puteri dengan modus operandi mengekori kenderaan dipandu mangsa.
Foto
ALI menunjukkan barangan rampasan selepas menumpaskan geng topeng.

“Sebaik memberhentikan kereta, suspek akan terus mengacukan parang dan meminta mangsa menyerahkan barangan berharga serta melarikan kenderaan mangsa.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

No comments:

Post a Comment