Search This Blog

Friday, October 3, 2014

Geng pukau Lombok tumpas



MOHD. SALLEH (dua dari kanan) menunjukkan tangkal dan pelbagai barangan curi semasa sidang akhbar di Tangkak, Ledang semalam.


LEDANG – Kelicikan satu kumpulan pukau dari Lombok, Indonesia yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah di daerah ini sejak dua bulan lalu akhirnya tumpas apabila enam anggotanya diberkas dalam satu serbuan pada 22 September lalu.
Kumpulan tersebut yang memakai tangkal di pinggang ditahan di pondok persembunyian mereka dalam sebuah kebun kelapa sawit di Jalan Gentian, Kampung Sawah Ring, dekat sini.
Tangkal berwarna hijau dan hitam itu berbalut mantera kononnya untuk membolehkan pemakainya kebal selain sukar dilihat orang lain dengan mata kasar.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohamed Salleh Abd. Razak berkata, kumpulan tersebut diekori polis selepas tiga jam menyamun sebuah rumah di Gersik yang terletak kira-kira enam kilometer dari pondok persembunyian mereka.
Menurut beliau, ahli kumpulan pukau yang ditahan itu berumur antara 19 hingga 35 tahun termasuk seorang wanita berusia 27 tahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3F2HYXznM 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment