Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Geng Madura sudah menghilangkan diri


Serdang: Beberapa suspek ‘Geng Madura’ yang terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki di Kampung Batu 12, Jalan Puchong di sini, bulan lalu dikesan sudah menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, semua suspek dipercayai melarikan diri sejurus kejadian itu selepas membunuh mangsa seorang lelaki tempatan secara beramai-ramai.


“Polis sudah melakukan pemantauan dan intipan di kawasan itu sejak hari kejadian itu, namun gagal mengesan kehadiran suspek.

“Bagaimanapun, polis sentiasa menjalankan siasatan bagi menjejaki semua suspek yang terbabit,” katanya ketika ditemui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment