Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Geng 36 kumpulan samseng ‘rojak’



ANTARA tatu yang biasa dicacah pada anggota badan ahli samseng Geng 36.


KUALA LUMPUR – Di sebalik 49 buah kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan pihak berkuasa pada Ogos tahun lalu, Geng 36 dikenal pasti sebagai kumpulan yang mempunyai keahlian terbesar dan berpengaruh serta ditakuti dalam kalangan geng-geng kongsi gelap lain.
Lebih mengejutkan, keahlian dalam kumpulan itu dikatakan membabitkan tiga kaum iaitu Cina, India dan Melayu menyebabkan samseng Geng 36 turut popular dengan gelaran kumpulan kongsi gelap, ‘rojak’.
Namun, sejak awal penubuhan Geng 36 sehingga kini, kumpulan itu terus dikuasai oleh orang kuat atau digelar dengan panggilan tailong daripada kaum Cina dalam kumpulan tersebut. Ahli kongsi gelap, dalam kalangan lelaki India dan Melayu pula sekadar memainkan peranan sebagai orang suruhan dalam melakukan jenayah.
Geng 36 dianggarkan mempunyai seramai 8,512 ahli. Daripada jumlah itu, hampir 50 peratus dianggotai lelaki India, 30 peratus Melayu dan diikuti 20 peratus Cina.
Walaupun keahlian kaum Cina paling kurang namun kaum Cinalah sebenarnya yang mengetuai dan menguasai Geng 36.
Evolusi dalam Geng 36 berlaku sekitar tahun 2009 selepas tailong-tailong kumpulan itu menukar taktik jenayah membabitkan kumpulan tersebut.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik (gambar) berkata, penyertaan samseng berbilang kaum dalam Geng 36 terjadi selepas tailong-tailong kumpulan tersebut di setiap negeri, daerah atau kawasan tertentu mengubah cara mereka melakukan jenayah.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3F7fCYvsM 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment