GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang kini giat memburu ahli-ahli kumpulan kongsi gelap daripada Geng 04 dan Sio Sam Ong yang dikatakan paling berpengaruh serta aktif di negeri ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua kumpulan gengster terbabit dipercayai sering mencetuskan pergaduhan dalaman melibatkan ahli-ahli mereka yang masih bebas.
Menurutnya, kumpulan berkenaan dikesan sering mencetuskan suasana huru-hara sehingga mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini.
“Kita minta orang ramai membantu mengesan ahli-ahli daripada dua kumpulan gengster yang paling aktif dikesan di Pulau Pinang.
“Usaha polis untuk memburu mereka yang terlibat turut dilakukan menerusi operasi Ops Bersepadu yang kini dilaksanakan setiap masa dengan membabitkan anggota dan pegawai di setiap daerah,” katanya kepada pemberita pada Ops Bersepadu di Daerah Timur Laut di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3Gf5jxbRJ
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment