Search This Blog

Friday, October 24, 2014

Empat maut kereta bertembung dekat Kota Tinggi


DUA beradik dan dua mekanik maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung di Batu 13, Jalan Kota Tinggi-Mersing, dekat Kota Tinggi, malam tadi. - Foto ihsan Bomba Kota Tinggi
KOTA TINGGI: Dua beradik dan dua mekanik maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung di Batu 13, Jalan Kota Tinggi-Mersing, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian berhampiran kubu peninggalan zaman Perang Dunia Kedua, kira-kira jam 10 malam, Rosmah Muda, 28, dan adiknya Fatimah, 24, beralamat di Endau, Mersing, meninggal dunia di tempat kejadian,
Mohamad Fayad Abdul Rahman, 21, turut maut di tempat kejadian, manakala rakannya, Muhamad Shafie Pechek, 20-an, disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Kota Tinggi.
Seorang lagi adik Rosmah dan Fatimah iaitu Nor Shafiqah, 14, serta mekanik, Mohd Nizam Hassan, 20-an, dilaporkan parah dan kini dirawat di hospital yang sama.
Tiga beradik itu dikatakan dalam perjalanan dari rumah mereka ke FELDA Air Tawar, Kota Tinggi, untuk tugas mengandam pengantin.
Manakala tiga mekanik itu dalam perjalanan pulang ke Mersing selepas membeli barangan keperluan bengkel dan makan malam di Kota Tinggi.

No comments:

Post a Comment