Search This Blog

Friday, October 24, 2014

Empat maut, dua parah


.

Kota Tinggi: Empat maut, dua parah dalam kemalangan jalan raya babitkan dua kereta di Batu 13 Jalan Kota Tinggi-Mersing, di sini, 10 malam tadi.

Dalam kejadian itu Proton Wira dinaiki tiga lelaki dalam perjalanan pulang ke Gugusan Felda Tenggaroh bertembung dengan Perodua Kenari dinaiki tiga beradik dari Endau menuju Mersing.

Jurucakap polis berkata, pertembungan itu menyebabkan masing-masing dua dari Proton Wira dan Perodua Kenari maut di tempat kejadian.

Katanya, dua mangsa yang parah turut dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Deputi Superintenden Low Hang Seng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengakutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 2:14 AM


Mangsa kemalangan di Batu 13 Jalan Kota Tinggi Mersing yang cedera parah tiba di Hospital Kota Tinggi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3660#sthash.eWScBqHU.dpuf

No comments:

Post a Comment