Search This Blog

Friday, October 3, 2014

Ebola cetus kebimbangan di Dallas


AFP - SEORANG lelaki berdiri di luar sebuah Pangsapuri Ivy di mana pesakit Ebola pertama di AS menginap di Dallas, Texas kelmarin.


DALLAS – Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) kelmarin terpaksa mengerahkan anggotanya untuk mengesan beberapa orang termasuk kanak-kanak yang berhubungan dengan seorang pesakit Ebola dari Liberia.
Lebih ramai orang dipercayai terdedah kepada pesakit itu yang dibenarkan pulang selepas mengunjungi sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan 25 September lalu, kata beberapa pegawai hospital Texas.
Pesakit itu kemudian bergaul dengan sekurang-kurangnya 18 orang selama beberapa hari sebelum keadaannya kesihatannya menjadi semakin teruk. Dia kemudian dirawat di sebuah hospital di sini kerana menghidap demam Ebola.
Ebola merebak melalui sentuh­an cecair badan seperti darah orang yang dijangkiti virus berke­naan.
Seorang penduduk mengenal pasti identiti lelaki itu sebagai Thomas Eric Duncan berusia dalam lingkungan 40-an.
Duncan yang merupakan orang pertama disahkan menghidap Ebola di AS, berlepas dari Liberia dan tiba di Texas 20 September lalu. Dia jatuh sakit pada 24 September.
“Dia pergi ke hospital pada 25 September lepas tetapi diarah pulang kerana mengalami demam virus yang tidak teruk,” kata Timbalan Presiden Sumber Kesihatan Texas, Mark Lester.
Pesakit tersebut kini dalam keadaan serius tetapi stabil.
Dia dikatakan berhubung dengan lima kanak-kanak sekolah sebelum dibawa ke Hospital Kesihatan Prebysterian Texas pada 28 September lalu.
Susulan itu, pihak berkuasa AS mengenal pasti beberapa kanak-kanak yang pernah berhubung deng­an pesakit berkenaan.
“Kanak-kanak ini telah dikenal pasti dan mereka kini dipantau, manakala penyakit ini tidak boleh berjangkit selagi penghidapnya tidak menunjukkan sebarang simptom,” kata Gabenor Negeri Texas, Rick Perry. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3F2Eo37B3 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment