Search This Blog

Friday, October 3, 2014

Dua ‘saintis’ baru punah


Georgetown: Dua lelaki dipercayai baru sahaja mempelajari teknik memproses dadah ditahan polis bersama bahan terlarang itu yang dianggarkan bernilai RM50,000 hasil serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Bidor, di sini, kelmarin.
Rampasan dadah dan penahanan kedua-dua suspek berusia 44 dan 55 tahun itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri pada jam 12 tengah hari hasil maklumat awam yang diterima. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkortik negeri Superintendan Guan Beng Kang berkata, premis berkenaan juga disyaki dijadikan sebagai makmal dadah hasil penemuan pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses bahan terlarang itu. 

“Hasil siasatan awal dilakukan mendapati kedua-dua suspek dipercayai baru sahaja beroperasi di premis itu sejak tiga bulan lalu berdasarkan jumlah dadah dan peralatan memproses ditemui adalah kecil.
Foto
GUAN (dua dari kanan) menunjukkan peralatan memproses dadah yang dirampas.

“Kami tidak menolak kemungkinan dadah itu untuk pasaran tempatan dan diedarkan ke sekitar negeri ini.

“Siasatan lanjut dilakukan untuk mengenal pasti sekiranya suspek mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket pengedaran dadah tertentu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

No comments:

Post a Comment