Lokasi di mana dua pekerja kontraktor Syabas nyaris maut selepas tertimbus.
Lokasi di mana dua pekerja kontraktor Syabas nyaris maut selepas tertimbus.
SHAH ALAM – Dua pekerja kontraktor Syabas nyaris maut selepas tertimbus ketika membuat kerja penyelenggaraan berhampiran stesen minyak di Damansara Damai, semalam.

Mangsa, seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Giashuddin berumur 27 tahun hanya mengalami sesak nafas, manakala seorang lagi lelaki tempatan, Nik Ibrahim Latif, 42, dalam keadaan selamat.

Difahamkan, mangsa tertimbus telah berjaya dikeluarkan oleh rakan sekerjanya sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh tiba.

Mangsa kemudiannya dibawa Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.Dua nyaris maut tertimbus