Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Dua maut, treler rempuh empat kereta


Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
Kuala Kangsar: Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 256 Lebuhraya PLUS menghala ke utara berdekatan Terowong Menora, 11.45 pagi, hari ini.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada treler yang dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh empat kereta di hadapannya.


Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan dua mangsa maut di tempat kejadian manakala lima belas mangsa kesemuanya terbabit dalam kemalangan itu.

Katanya, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar manakala seorang mangsa parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan.


Menurutnya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sementara itu, jurucakap PLUS berkata, kemalangan berkenaan mengakibatkan kesesakan kira-kira 13 kilometer dan pengguna dinasihatkan memasuki tol Ipoh dan keluar ke tol Kuala Kangsar bagi mengelakkan kesesakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment