Search This Blog

Thursday, October 23, 2014

Dua maut dalam rusuhan kerana Ebola


Freetown: Dua maut dalam rusuhan di Sierra Leone yang tercetus apabila pekerja perubatan yang bertungkus-lumus mahu mengekang penularan Ebola cuba mengambil contoh darah daripada seorang wanita tua.
Wanita terbabit dipercayai dijangkiti penyakit maut berkenaan dan meninggal dunia dipercayai akibat tekanan darah tinggi.
Penduduk setempat berkumpul sambil membawa parang dan penyodok untuk menghalang sepasukan pegawai perubatan daripada mendapatkan darah wanita terbabit.
Sumber berkata, wanita itu berusia 90 tahun dan ibu kepada seorang pemimpin belia di bandar Koidu.
Apabila petugas perubatan menghubungi pengawal keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga, rusuhan tercetus.
Sumber hospital berkata, dua maut dan 10 cedera dalam keganasan itu.
"Kami belum dapat mengesahkan kematian itu disebabkan kecederaan ditembak atau faktor lain," katanya.
Sejumlah mangsa lain juga dirawat di hospital itu namun kecederaan mereka tidak serius.-AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:01 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3447#sthash.YxNX9szy.dpuf

No comments:

Post a Comment