Search This Blog

Monday, October 20, 2014

Dua kilang perabot hangus, kerugian dianggar lebih RM2 juta

ISNIN, 20 OKTOBER 2014 @ 1:53 PM

  

DUA kilang perabot di Kawasan Perindustrian Kampung Baru Sungai Buloh di sini terbakar malam tadi menyebabkan kerugian dianggarkan lebih RM2 juta. - Foto NSTP
SUNGAI BULOH : Dua kilang perabot di Kawasan Perindustrian Kampung Baru Sungai Buloh di sini terbakar malam tadi menyebabkan kerugian dianggarkan lebih RM2 juta.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 1 pagi, sebuah kilang berkeluasan 3,000 meter persegi dipercayai terbakar akibat litar pintas sebelum api merebak ke kilang bersebelahan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Mohamed Sabri A Samsudeen, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.14 pagi sebelum mengerahkan tujuh jentera dan 39 anggota dari lima balai bomba ke lokasi kejadian.



Katanya, pasukan bomba menghadapi kesukaran memadam api kerana tekanan air rendah selain barangan perabot yang mudah terbakar menyebabkan api merebak dengan cepat.


DUA kilang perabot di Kawasan Perindustrian Kampung Baru Sungai Buloh di sini terbakar malam tadi menyebabkan kerugian dianggarkan lebih RM2 juta. - Foto NSTP
"Kami terpaksa menggunakan pili bomba yang terletak kira-kira 700 meter daripada lokasi kilang dan tiada punca air terbuka di kawasan berhampiran.

"Setakat ini, operasi memadamkan api kebakaran masih lagi dijalankan disebabkan masih terdapat bara api yang boleh mencetuskan kebakaran semula," katanya ditemui di tempat kejadian sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment