Search This Blog

Monday, October 20, 2014

Dua kapal pindah minyak secara haram di perairan Johor ditahan


JOHOR BAHRU: Polis Marin menahan dua kapal tangki yang dipercayai melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram di perairan Sungai Kong Kong, Pasir Gudang, dekat sini, Jumaat lalu.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang, berkata kedua-dua kapal itu ditahan ketika sedang melakukan pemindahan 14,000 liter minyak tayar di sebuah jeti persendirian di perairan itu, kira-kira jam 6.30 petang.
Katanya, selain merampas 120 tan matrik minyak tayar terpakai, turut ditahan 11 anak kapal iaitu tujuh warga Indonesia dan empat warga Myanmar berusia antara 35 hingga 64 tahun.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Markas PPM Wilayah 2 di sini, sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment