Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Dua buah sekolah rosak teruk



DEWAN Kolej Tunku Kurshiah rosak teruk selepas dilanda ribut kencang di Bandar Enstek, Nilai semalam.


NILAI – Dua buah sekolah mengalami pelbagai kerosakan selepas dilanda ribut kencang dalam kejadian di Bandar Enstek, dekat sini petang kelmarin.
Sekolah yang terjejas itu ialah Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dan Sekolah Kebangsaan (SK) LB Johnson.
Guru Besar SK LB Johnson, Abd. Razak Rasdi, 56, berkata, ribut yang melanda sekitar pukul 5.40 petang kelmarin menyebabkan banyak kerosakan, namun tiada sebarang kecede­raan membabitkan murid atau guru di sekolah berkenaan.
“Kita masih terkejut dengan kejadian itu, namun bersyukur kerana tiada kecederaan dilaporkan pada hari kejadian walaupun terdapat beberapa guru yang masih berada di sekolah,” kata­nya ketika ditemui di sini semalam.
Menceritakan lebih lanjut, Abd. Razak berkata, beberapa guru yang bersiap untuk pulang selepas selesai mengajar kelas agama pada sebelah petang dikejutkan dengan bunyi kuat dari pelbagai arah di sekolah ber­kenaan.
“Guru-guru ini bergegas melihat apa yang berlaku dan mereka terkejut apabila mendapati sebahagian atap genting di bangunan tiga tingkat sekolah berkenaan diterbangkan angin manakala 11 keping siling dari bangunan dua tingkat yang me­nempatkan pejabat pentadbiran dan pusat sumber tercabut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3GTblkypu 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment