Search This Blog

Friday, October 3, 2014

Dua bot nelayan asing ditahan



SALAH sebuah bot nelayan bersama dua tekong dan 11 awak-awak warga Thailand ditahan kerana menangkap ikan secara haram di perairan Pulau Tioman, Pahang semalam.


KUANTAN – Ketangkasan pasukan Agensi Penguatkuasaan Ma­ritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang melakukan pengawasan udara menggunakan pesawat Bombardier CL 415 telah membawa kepada penahanan dua buah bot milik nelayan asing bersama dua orang tekong dan 11 awak-awak kerana menangkap ikan secara haram di perairan Pulau Tioman dekat sini petang kelmarin.

INILAH model pesawat amfibia Bombardier CL 415 milik Maritim Malaysia.


Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 8 Pahang, Kepten Maritim Mamu Said Alee berkata, nelayan asing itu dikesan melakukan ke­salahan tersebut pada pukul 3.35 petang di kedudukan 30 batu nautika dari timur laut Pulau Tioman.
“Sejurus menerima maklumat tersebut, kapal peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan terus ke lokasi tersebut untuk menahan dua buah bot itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3F2Hkhm5r 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment