Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Dua beranak maut dalam kemalangan sebelum sempat sambut Hari Raya Aidiladha





04/10/2014 9:02pm

IPOH - Perjalanan lima sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha esok berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila ibu dan seorang anaknya maut dalam kemalangan di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, selepas Terowong Menora, dekat di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pukul 11.30 pagi membabitkan dua treler dan enam buah kereta itu, mangsa Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik beradik lain mengalami cedera ringan.

Siti Yuslianis merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu.

Muhammad Yusriman, 23, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM, ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, tidak putus-putus melafazkan "saya minta maaf mak" dengan nada hiba selepas merasa serba salah atas kejadian itu.

Beliau mendakwa sebuah treler telah melanggar treler yang lain dari arah belakang, kemudian treler tersebut rempuh pula bahagian belakang kereta yang sedang dipandunya. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz3FBwwTDu4
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment