Search This Blog

Wednesday, October 15, 2014

Dituduh bunuh 38 pesakit


Agensi
Rome
Polis Itali menahan seorang jururawat sebuah hospital kerana disyaki membunuh 38 pesakit selepas dituduh menyuntik seorang daripada mereka dengan kalium.
Daniela Poggiali (gambar) ditangkap di Lugo, utara Itali selepas kematian mengejut pesakit berusia 78 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana demam biasa.
Polis berkata, mereka meluaskan siasatan, membabitkan 38 kematian, termasuk 10 yang disifatkan sebagai amat disyaki dilakukan oleh Daniela.
Satu laporan menuduh dia membunuh pesakitnya dengan memberikan mereka kalium kerana pesakit berkenaan atau keluarga mereka menyakitkan hatinya.
Seorang rakan sekerja berkata, Daniela pernah memintanya merakam gambarnya bersebelahan seorang pesakit yang baru mati.
Satu laporan lain menyatakan, jururawat berusia 42 tahun itu pernah 'berjenaka' untuk memberi kalium kepada seorang pesakit tenat.
Daniela menjadi suspek berikutan siasatan kes kematian mengejut pesakit di bawah jagaannya, Rosa Calderoni, 78, April lalu.
Ujian menunjukkan saluran darah pesara itu mengandungi sejumlah besar kalium klorida - dos tinggi yang boleh menyebabkan serangan jantung.
Bahan itu digunakan ke atas banduan yang menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat.
Ketua pendakwa raya Alessandro Mancini memberitahu sidang akhbar, pihaknya berdepan dengan kesukaran dalam siasatan ke atas Daniela.
Seorang lagi mendakwa Daniela pernah memberi ubat pelawas buang air besar kepada pesakit pada penghujung syifnya untuk menyusahkan rakan sekerja pada syif kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:08 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1911#sthash.uUBwAXDr.dpuf

No comments:

Post a Comment