Search This Blog

Thursday, October 23, 2014

Ditangkap selepas bunuh tujuh wanita


22 Oktober 2014


INDIANA - AMERIKA SYARIKAT. Kejam! Seorang lelaki akhirnya ditahan pihak berkuasa selepas melakukan pembunuhan ke atas tujuh wanita di negeri itu.

Menurut pihak berkuasa, penahanan  tersebut dilakukan berdasarkan hasil siasatan polis selepas menemui enam mayat wanita di sebuah rumah kosong di barat laut Indiana.

Suspek, Darren Vann, 43, turut disyaki sebagai pembunuh bersiri yang bertanggungjawab ke atas kes pembunuhan lain di negeri itu sejak 20 tahun kebelakangan ini.

Ketua Polis Bandar Hammond, John Doughty yang mengesahkan penangkapan tersebut berkata, Vann memberikan kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa semasa ditahan.

Dia yang ditahan sehari selepas  pihak berkuasa menemui mayat seorang wanita yang dikenali sebagai Hardy di sebuah motel di bandar tersebut.

Menurut Doughty lagi, Hardy menawarkan perkhidmatan seks di sebuah laman web sebelum dia dan suspek dikatakan bertemu di motel tersebut. 

“Apabila mangsa dilapor tidak kembali, seorang wanita yang membantu mengatur pertemuan mereka menjejak wanita itu ke motel dan menemuinya dalam keadaan mati dicekik.

“Vann yang ditahan pihak berkuasa mengakui terlibat dengan kematian Hardy, maklumat yang diberikan olehnya juga membantu pihak berkuasa untuk mencari enam lagi mayat wanita di sebuah rumah.

Terdahulu, Vann dikatakan mempunyai  rekod atas serangan seks di Texas pada 2008. 

“Berdasarkan keterangan dan maklumat yang diperoleh dari suspek, kami mengandaikan suspek telah melakukan serangan dan pembunuhan sejak 20 tahun lalu.

Namun ia masih dalam siasatan. Bagaimanapun ada kemungkinan mangsa lain mungkin boleh ditemui,” jelasnya.

Pihak berkuasa kini sedang melakukan proses pengecaman ke atas tiga mayat yang ditemui manakala tiga lagi sudah dikenalpasti.

No comments:

Post a Comment