Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

‘Diserang’ lalat


Alor Gajah: Penduduk kampung di sekitar Masjid Tanah, di sini, mendakwa mengalami alahan kulit akibat kehadiran lalat yang dipercayai datang dari kawasan ladang berhampiran.
Difahamkan, serangan lalat itu bertambah kerap dan mula memberi kesan kesihatan sejak empat hari lalu dipercayai berpunca daripada penggunaan baja najis ayam di ladang itu sehingga menyebabkan beberapa penduduk kampung terbabit berpindah sementara di rumah saudara terdekat. 
Tinjauan mendapati penduduk terpaksa menutup setiap ruang rumah mereka menggunakan kain serta cebisan surat khabar selain berkurung dalam bilik tidur bagi mengelak gangguan serangga berkenaan. 

Sumber berkata, ‘serangan’ lalat itu dipercayai berpunca daripada tindakan seorang pengusaha ladang yang pada mulanya menggunakan baja organik untuk menyuburkan tanamannya sebelum menukar kepada baja tahi ayam.
Foto
ANIZAH menunjukkan ribuan lalat yang melekat pada perangkap di dalam rumahnya, semalam.

“Akibatnya beberapa penduduk kampung mengalami kegatalan pada kulit berasa jijik melihat kehadiran lalat yang melekat pada setiap inci rumah dan membuatkan pergerakan mereka terbatas.

“Bukan saja di dapur dan ruang tamu rumah, malah lalat turut mengerumuni bilik tidur yang selama ini menjadi ‘perisai’ terakhir penduduk berlindung daripada serangga itu,” kata sumber ketika ditemui semalam. 

Penduduk Abdul Wahab Bachik, 54, berkata, kehadiran serangga berkenaan merimaskan mereka sekeluarga. 

Menurutnya, kampung itu diserang lalat sejak empat hari lalu dan pada mulanya mereka tidak mengetahui dari mana datangnya serangga berkenaan yang mengganggu beberapa rumah penduduk berhampiran. 

“Kami tidak tahu puncanya, namun selepas beberapa hari melakukan pemeriksaan di sekitar kampung, kami dapati lalat datang dari sebuah ladang yang baru diusahakan berhampiran rumah kami. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment