Portal berita Fairfax New Zealand yang memetik sumber melaporkan Muhammad Rizalman akan tiba di Wellington pada pagi Sabtu dan akan segera dibawa ke mahkamah untuk proses pendakwaan tersebut.
Polis New Zealand dan Kementerian Luar New Zealand enggan mengesahkan ketibaan diplomat Malaysia tersebut.
Muhammad Rizalman didakwa menyerang Tanya Billingsley, 21, di rumahnya d sini pada 9 Mei lalu.
Dia didakwa menggunakan kekebalan diplomatik untuk pulang ke Malaysia, tindakan yang mencetuskan kemarahan penduduk New Zealand apabila kes tersebut didedahkan kepada umum.
Billingsley yang menggurkan haknya supaya namanya tidak didedahkan, di bawah undang-undang negara ini untuk melindungi keselamatan mangsa kes seks, bagi meluahkan kekecewaannya berhubung kes tersebut ditangani.
Wanita itu dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen pada Julai lalu menuduh pegawai New Zealand lebih memberi perhatian untuk menutup kes tersebut bagi mengelak merosakkan hubungan diplomatik daripada menegakkan keadilan. – AFP