Search This Blog

Friday, October 24, 2014

Derita hidup dalam sisa kumbahan


Hanoi: Kira-kira 60 penghuni di sebuah bangunan hidup menderita sejak lebih setahun lalu apabila kerana kediaman mereka dinaiki air dan sisa kumbahan kira-kira setengah meter.
Masalah itu bermula pada 26 Julai tahun lalu apabila mereka mendapati halaman utama bangunan itu dinaiki air kotor dan busuk dari sistem pembetungan.
Selepas menggunakan mesin khas untuk menyalur keluar air berkenaan, mereka terkejut apabila mendapati masalah sama berulang keesokan harinya.
Tukang paip yang dipanggil menemui pelbagai barangan di dalam saluran itu, termasuk pakaian yang menyekat aliran air kotor ke tempat sewajarnya.
Namun masalah itu belum diselesaikan pihak berkuasa.
Wakil penduduk, Nguyen Dinh Tuan berkata, ada kalanya air kotor itu naik sehingga 40 sentimeter menyebabkan penduduk terpaksa membina laluan terdiri daripada batu bata dan papan untuk melintasi kawasan berkenaan.
“Keadaan ini amat menyukarkan kami. Sukar dipercayai masalah ini berlaku di tengah-tengah Hanoi pada zaman ini,” katanya, semalam.
Menurutnya, dulu, halaman utama bangunan berkenaan menjadi tempat penduduknya membasuh serta menyidai baju namun kini dibanjiri air kotor dan sampah-sarap serta busuk.
Seorang lagi penduduk Nguyen Thi Tu, 85, berkata, keadaan itu turut mengancam kesihatan mereka. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3765#sthash.3yDqgx4F.dpuf

No comments:

Post a Comment