Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

Culik kerana nak rujuk


Polewali Mandar (Sulawesi Barat): Seorang wanita menculik anak rakannya semata-mata kerana mahu rujuk dengan suaminya.

Ani, 29, yang kini ditahan sementara menunggu perbicaraan, memberitahu polis, dia menculik kanak-kanak perempuan, Farzana Zaficka yang berusia dua tahun ketika mangsa bermain buai di depan rumah.


“Dia dan suaminya sebelum ini mempunyai seorang anak perempuan tetapi menyerahkannya kepada orang lain. Suaminya menceraikannya dan hanya bersedia untuk merujuk jika dia temui anak mereka.



“Kerana terdesak, dia menculik Farzana,” kata jurucakap polis Sulawesi Barat.


Ani, yang mempunyai dua anak lelaki berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika didapati bersalah atas tuduhan menculik.


Polis kini memburu suaminya yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment