Search This Blog

Friday, October 3, 2014

Bukit Aman tetap buru samseng Ops Cantas Khas





KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan memang terdapat sebilangan ahli kongsi gelap yang menjadi buruan dalam Ops Cantas Khas bersembunyi di beberapa negara jiran terutama Thailand bagi meng­elakkan mereka dicekup.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik (gambar) berkata, sejak setahun lalu, ramai ahli kongsi gelap itu me­larikan diri ke negara jiran dan sehingga sekarang mereka dikatakan belum rasa selamat untuk pulang dan meneruskan kegiatan jenayah di negara ini.
Sejak itu, menurut beliau, ada maklumat mendakwa beberapa buah pusat hiburan yang di kawasan sempadan Thailand dikuasai samseng-samseng Malaysia yang menjadi buruan PDRM.
“Pusat hiburan di negara jiran itu dikatakan dimiliki beberapa taiko kongsi gelap yang hidup tidak senang selepas pengumuman polis memburu mereka,” kata beliau ketika dihubungi baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3F2ISmRJN 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment