Search This Blog

Friday, October 3, 2014

Budak pintar maut terjatuh tingkat 13



NorhasHimah (berkerusi roda) tidak dapat menahan kesedihan ketika mengaminkan doa yang dibaca Megat Irwan (duduk dua dari kiri) di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya semalam. Gambar kecil ialah Megat Arif.


PUTRAJAYA – Seorang lelaki ditimpa dugaan berganda apabila terpaksa pula menerima hakikat kehilangan anak lelaki tunggalnya yang maut selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 13, Blok B, Apartmen 5R6, Presint 5 di sini semalam.
Sebelum ini, juruteknik alat penapis air, Megat Irwan Mohd. Alias, 32, diuji apabila isterinya, Norhashimah Saleh, 30, lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya sejak setahun lalu.
Semalam, anak kesayangan mereka, Megat Arif Hussein, 6, disahkan meninggal dunia pada pukul 2 pagi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya akibat kecederaan parah pada kepala.
Norhashimah merupakan kaki­tangan di Kementerian Pengajian Tinggi di Presint 5 di sini. Dia masih berkhidmat meskipun terpaksa menggunakan kerusi roda untuk ke tempat kerja.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3F2GsBJBA 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment