Search This Blog

Thursday, October 2, 2014

Budak lelaki maut terjatuh dari tingkat 13

KHAMIS, 2 OKTOBER 2014 @ 11:52 AM

 
PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah apartmen di Presint 5 di sini, malam tadi.

Megat Arif Hussein Megat Irwan, 6, disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.

Difahamkan, mangsa terjatuh kira-kira jam 11 malam sebelum dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

No comments:

Post a Comment