Search This Blog

Sunday, October 26, 2014

Budak lelaki maut, empat parah nahas di Sri Jaya


25 Oktober 2014


KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki maut, empat parah, manakala dua lagi cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh gaung sedalam 30 meter di KM59. Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat kawasan Sri Jaya di sini semalam.
   
Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, kanak-kanak itu dikenal pasti T. Kugan, 8, meninggal dunia pada kira-kira 3.46 pagi tadi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.
   
Dalam kemalangan kira-kira 11.30 malam itu, bapa saudara Kugan, S. Murugan, 30, pemandu kereta dan sepupunya N. Dinnita, 16, parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
   
Sementara isteri Murugan dikenali sebagai Anmu, 28, dan adik perempuan Kugan yang juga cedera parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hoshas.
   
"Dua lagi anak sudara pasangan itu yang identitinya tidak diperoleh hanya mengalami cedera ringan," katanya dan menurutnya ketika kejadian pasangan suami isteri dan lima anak saudara mereka dalam perjalanan dari Temerloh menghala ke Kuantan. - Bernama

No comments:

Post a Comment