Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Budak dua tahun berkeliaran sendiri

Add caption
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin 
am@hmetro.com.my


Georgetown: Seorang kanak-kanak lelaki berusia antara setahun dan dua tahun ditemui berkeliaran seorang diri di tepi jalan di Jalan Persiaran Gurney di sini, malam kelmarin.
Ketika ditemui orang ramai pada jam 11 malam, kanak-kanak terbabit memakai baju Melayu berwarna biru dan dia dipercayai ditinggalkan seseorang di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kanak-kanak terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Pulau Tikus untuk pemeriksaan lanjut dan selepas lebih 12 jam, polis masih gagal mengesan keluarga kanak-kanak berkenaan.
"Kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan sihat dan hanya terdapat bekas gigitan nyamuk pada pipi kirinya dan dia akan dihantar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya.
"Kami ingin meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali waris kanak-kanak itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181822 atau balai polis berhampiran," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:03 AM- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2528#sthash.vV5ikC9L.dpuf






No comments:

Post a Comment