Search This Blog

Friday, October 3, 2014

Britain tambah dua jet pejuang sertai serangan terhadap IS

JUMAAT, 3 OKTOBER 2014 @ 7:58 AM

 
LONDON: Britain akan menghantar dua lagi jet pejuang untuk menyertai serangan udara terhadap militan Negara Islam (IS) di Iraq, menjadikan jumlah pesawat lapan setakat ini, demikian umum Perdana Menteri, David Cameron.

Cameron membuat pengumuman itu ketika lawatannya ke pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) Britain di Akrotiri, Cyprus dengan berkata, ketika ini enam pesawat Tornados GR4 sudah berada di Iraq.

Dua lagi pesawat tambahan itu katanya akan tiba hari ini.

"Kurang daripada seminggu dalam operasi kombat di Iraq, saya mahu datang ke sini untuk mengucapkan terima kasih kepada anggota tentera yang berjuang untuk menewaskan pengganas ISIL (Negara Islam) ini yang bukan saja mengancam Iraq, Syria dan wilayahnya, namun turut menggugat Britain.



"Ia satu peluang di sini untuk mengetahui secara langsung apakah operasi mereka, cabaran yang dihadapi dan bantuan yang mereka perlukan.

"Mereka sudah menerbangkan empat pesawat untuk melakukan empat misi serangan dan mereka berjaya membedil lapan sasaran dan membantu tentera Iraq mempertahankan wilayahnya daripada ISIL," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment