Search This Blog

Friday, October 24, 2014

Bot penumpang terbalik di perairan Chendering, 11 diselamatkan


  
Kuala Terengganu: Sebuah bot yang membawa penumpang warga Indonesia terbalik kira-kira 30 batu nautika dari pesisir Pantai Chendering, di sini, malam ini.

Setakat jam 11 malam ini, difahamkam seramai 11 penumpang yang semuanya warga Indonesia berjaya diselamatkan dengan bantuan dua bot nelayan yang dalam perjalanan pulang menangkap ikan.

Difahamkan, kejadian disedari juragan dan anak kapal warga Vietnam, yang ternampak objek manusia terapung di permukaan air.

Bagaimanapun, jumlah mangsa sebenar belum dapat dipastikan berikutan masalah komunikasi antara anak kapal warga Vietnam dan warga Indonesia.


Ketika ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sedang menjalankan operasi menyelamatkan mangsa.

No comments:

Post a Comment