TASEK GELUGOR - Berpantang maut sebelum ajal, itulah pepatah paling sesuai digambarkan apabila kereta milik seorang lelaki meletup dipercayai akibat daripada bahan letupan.
Menurut sumber, kejadian kira kira 2.40 petang itu berlaku apabila sebuah kereta Audi A6 milik mangsa diparkir di hadapan rumah jirannya di Taman Seri Gelugor di sini, semalam.

Difahamkan, kereta berkenaan terbakar hampir 90 peratus akibat dari letupan tersebut.

Hasil rakaman litar tertutup di hadapan rumah berkenaan mendapati, terdapat dua penunggang motosikal tidak dikenali bertindak memecahkan cermin kereta milik mangsa.

Tidak lama kemudian, kereta terbabit berasap dan meletup sejurus mereka meninggalkan kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Mazlan Kesah Mazlan mengesahkan kejadian itu dan masih menjalankan siasatan terperinci.