Search This Blog

Monday, October 20, 2014

Bakar rumah ibu kerana rokok


Vancouver: Seorang lelaki dituduh membakar rumah ibunya selepas wanita itu enggan membelinya rokok ditahan sementara menunggu untuk dibicarakan.
Richard K Cameron dihadapkan ke mahkamah untuk mendengar tuduhan terhadapnya kelmarin selepas ditangkap dalam siasatan berkaitan kebakaran itu.
Pihak berkuasa melaporkan, kebakaran itu hanya memusnahkan sebahagian kecil rumah itu.
Dia berdepan tuduhan sengaja melakukan pembakaran, keganasan rumah tangga dan melakukan sesuatu mendatangkan bahaya.
Menurut laporan akhbar The Columbian, Cameron, 47, dilapor memaki-hamun dan enggan menandatangani perintah mahkamah yang melarang dia mendekati ibunya.
Cameron membakar rumah itu selepas ibunya enggan pergi ke kedai untuk membelikannya rokok.
Hakim Gregory Gonzales melantik seorang peguam untuk mewakilinya pada perbicaraan 29 Oktober depan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2773#sthash.c2wMTsE7.dpuf

No comments:

Post a Comment