Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

Azab 5 jam pekerja kilang


Oleh Shahrul Nizam Mohamad

am@hmetro.com.my
Kuantan: Seorang pekerja kilang roti berdepan detik cemas apabila diikat dan dikurung dalam stor selama lima jam dalam kejadian samun di tempat kerjanya di Sungai Isap Jaya di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.49 pagi, mangsa yang berusia 40 tahun dikejutkan tiga penyamun terbabit ketika tidur dalam bilik di kilang berkenaan selepas mereka menceroboh masuk melalui pintu depan.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan awal mendapati seorang daripada suspek yang bersenjatakan sebilah parang mengejutkan mangsa menyebabkannya terkejut apabila diacukan senjata tajam berkenaan.
Menurutnya, pada masa sama, seorang lagi suspek meminta mangsa diam sebelum diikat dan dikurung dalam stor.
Katanya, siasatan juga mendapati suspek kemudian menggeledah kilang berkenaan dan mengambil wang tunai RM1,000 sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang diparkir berhampiran premis itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:12 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2621#sthash.Rxu6cIxK.dpuf

No comments:

Post a Comment