Search This Blog

Monday, October 20, 2014

Anggota polis maut dalam nahas



MAYAT Andrew terbaring berhampiran keretanya yang remuk selepas dirempuh sebuah bas ekspres dalam satu kemalangan di Jalan Sibu-Sarikei, Sibu, Sarawak semalam.


SIBU – Seorang anggota polis terbunuh selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 10, Jalan Sibu-Sarikei di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang maut, Lans Koperal Andrew Etam, 31, yang memandu seorang diri menggunakan kereta jenis Toyota SE dirempuh sebuah bas ekspres yang hilang kawalan dari arah bertentangan.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd. Kamal Kordi berkata, terdapat 36 penumpang menaiki bas yang dalam perjalanan dari Kuching menuju ke bandar ini.
Katanya, rempuhan kuat menyebabkan kereta dinaiki mangsa remuk teruk dan Andrew maut di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki kiri.
“Bas ekspres terbabit pula terjunam masuk ke dalam tali air di tepi jalan selepas merempuh besi penghadang jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3Gf5uDcC2 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment