Search This Blog

Sunday, October 26, 2014

Anak maut, MPV rempuh treler



am@hmetro.com.my
Maran: Seorang kanak-kanak perempuan enam tahun terbunuh selepas MPV dipandu bapanya merempuh belakang treler dalam kejadian di Kilometer 143.7, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, berhampiran susur keluar Tol Maran, dekat sini, 5.30 petang semalam.

Nur Qistina Aleya Ahmad Zamani, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan, Sulaiman A Hamid berkata, Honda Elysion dipandu bapa mangsa, Ahmad Zamani Yusop, 39, dari Taman Mahkota Putera, Kuantan, dalam perjalanan dari rumah mereka ke Kuala Lumpur.



Beliau berkata, ketika tiba di tempat kejadian kenderaan dipandu Zamani bersama isterinya, Nurhanum Mohd Hamdan, 39, serta empat anak pasangan terbabit dan seorang pembantu rumah warga Indonesia.

“Ketika tiba di tempat kejadian, Zamani yang memandu di lorong paling kanan gagal mengelak treler dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun yang berada di depannya sebelum melanggar belakang kenderaan berat itu.

"Akibat rempuhan itu, Nur Qistina yang berada di tempat duduk belakang pemandu tercampak keluar, manakala penumpang lain tersepit dalam kereta," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Oktober 2014 @ 4:43 PM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4071#sthash.33NcFObM.dpuf

No comments:

Post a Comment