Search This Blog

Friday, October 3, 2014

80 orang disyaki berhubung dengan pesakit Ebola di AS


WASHINGTON 3 Okt. - Sekurang-kurangnya 80 orang disyaki pernah berhubung dengan pesakit Ebola pertama di negara ini dan berhadapan risiko tinggi terdedah dengan wabak yang sehingga kini sudah mengorbankan lebih 3,000 nyawa.
Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Texas dalam satu kenyataan semalam berkata, bagi menggelakkan daripada wabak berkenaan terus menular empat orang ahli keluarga mangsa diarah untuk berada di dalam rumah, walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit berkenaan.
"Kami cuba untuk melindungi orang awam dan menghalang daripada wabak ini terus menular ke kawasan lain.
"Arahan yang diterima daripada pihak atasan memberi kami kuasa untuk mengawal situasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Pesuruhjaya Jabatan Kesihatan Texas, Dr. David Lakey. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141003/lu_02/80-orang-disyaki-berhubung-dengan-pesakit-Ebola-di-AS#ixzz3F1jibI4H
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment