Search This Blog

Wednesday, October 15, 2014

8 terbunuh perbalahan antara buruh binaan, penduduk kampung

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 12:54 PM

 
BEIJING: Lapan terbunuh dalam pertempuran antara pekerja pembinaan dan penduduk kampung di wilayah Yunnan, barat daya China, kata pihak berkuasa hari ini.

Kerajaan tempatan dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, pergaduhan di tapak pembinaan gudang dan logistik di daerah Jinning itu turut mengakibatkan 18 orang cedera.

"Enam pekerja pembinaan dan dua penduduk kampung terbunuh dalam kejadian itu," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menjelaskan punca pertikaian antara mereka, namun perbalahan mengenai tanah adalah biasa di China yang mana penduduk kampung sering menganggap tanah mereka dirampas secara tidak adil untuk manfaat pemaju.



Media tempatan yang berpangkalan di Shanghai, The Paper, melaporkan terdapat pertikaian antara penduduk kampung dan pekerja pembinaan sebelum konflik itu bertukaR MENJADI TRAGEDI BERDARAH. - ap

No comments:

Post a Comment