Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supridentan Low Hang Seng berkata, tindakan itu hasil daripada sembilan operasi melibatkan pemeriksaan premis pemberi pinjam­an wang.
“Pada masa sama, sebanyak 18 nombor telefon yang tertera di pos­ter ah long di sekitar daerah ini te­lah dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk pembatalan.
“Kita harap melalui langkah tersebut orang ramai tidak dapat berhubung dengan golongan itu dan meminjam wang melalui saluran yang betul,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, di sini semalam.
Menurut Hang Seng, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan keganasan melibatkan ah long tetapi mendapat empat laporan berkaitan ancaman melalui ­khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima peminjam.
Tambahnya, seorang warga tempatan berusia 39 tahun yang menjalankan kegiatan menggantung pos­ter di sekitar daerah ini juga ditahan dan telah dihadapkan ke mahkamah dengan hukuman denda RM5,000.
“Saya harap orang ramai yang melihat aktiviti pemasangan poster pinjaman wang haram atau me­nyedari kewujudan kegiatan ah long boleh menghubungi IPD Kota Tinggi melalui talian 07-8837222 atau Inspektor Vi­liam (012-9112336),” katanya.