Search This Blog

Sunday, October 26, 2014

6 jasad dikenal pasti


Kementerian Keselamatan dan Kehakiman Belanda mengumumkan sejumlah 284 daripada 298 mangsa pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine sudah dikenal pasti.

Menurut laporan yang dipetik daripada agensi berita Xinhua, kelmarin, pakar forensik mengenal pasti tambahan yang mana lima warga Belanda, manakala baki satu lagi jasad tidak didedahkan atas permintaan negara asalnya.

Pada 17 Julai lalu, pesawat itu yang dalam perjalanan dari Belanda ke Malaysia, ditembak jatuh dengan peluru berpandu pihak yang tidak dikenali.

Kerajaan Belanda mula mengetuai proses mengenal pasti mangsa sejak mayat tiba dari Ukraine pada 23 Julai lalu, yang dilakukan di bandar Hilversum.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada baki mangsa yang belum dikenal pasti berada di situ.

Pada awal Ogos lalu, kerajaan Belanda menghentikan misi pencarian mangsa dari kawasan tragedi berikutan pertempuran antara tentera kerajaan Ukraine dan tentera pemberontak pro-Russia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Oktober 2014 @ 5:06 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4166#sthash.ySv0Lpg1.dpuf

No comments:

Post a Comment