Search This Blog

Monday, October 20, 2014

579 belia diisytihar muflis, peningkatan sekali ganda


JOHOR BAHRU – Jumlah belia berumur 25 tahun ke bawah yang diisytiharkan bankrap di negara ini semakin membimbangkan apabila seramai 579 individu direkodkan muflis dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sekali ganda berbanding keseluruhan 208 individu pada tahun lepas dan 130 individu pada tahun sebelumnya.
“Jumlah 579 individu berkenaan merupakan sebahagian daripada keseluruhan 12,381 individu yang diisytiharkan bankrap di negara ini bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini,” katanya pada program Memperkasa Informasi Generasi Muda anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Jabatan Perdana Menteri di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3Gf621oQG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment