Search This Blog

Thursday, October 2, 2014

48 maut ekoran letusan gunung berapi Jepun


TOKYO 2 Okt - Jumlah kematian akibat letusan gunung berapi di Jepun semalam meningkat kepada 48 orang, sekali gus ia menjadi bencana paling teruk sejak 88 tahun lalu selepas lebih ramai mangsa ditemui disebalik debu panas gunung berkenaan.
Usaha mencari yang dilakukan tentera bersambung dengan satu operasi pemulihan membabitkan beberapa buah helikopter pada sehari selepas pegawai menangguhkan usaha mencari kerana gas beracun dan bimbang akan berlaku letusan seterusnya.
Letusan itu berlaku pada kedudukan 3,067 meter di Gunung Ontake iaitu 200 kilometer ke barat Tokyo. Di puncak gunung kini diliputi taburan debu dan batu merbahaya selain sesak dengan para pendaki serta pengembara yang menyukai warna musim luruh.
Polis mengesahkan jumlah kematian meningkat kepada 48 orang. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141002/lu_07/48-maut-ekoran-letusan-gunung-berapi-Jepun#ixzz3Evv5Cu7M
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment