Search This Blog

Tuesday, October 14, 2014

3 hari dihempap mayat



Pleasant Hill (Amerika Syarikat)

Seorang bayi berusia 10 bulan terselamat walaupun selepas tiga hari dihempap mayat bapanya yang mati akibat serangan jantung.

Jason Fields, 43, ditemui mati di atas katil di sebelah komputer riba di rumahnya di Pleasant Hill, sebuah bandar kecil di Louisiana.

Anaknya, Betty Jean Fields, tersepit antara mayat bapanya dengan kepala katil.

Rumah itu tidak mempunyai penghawa dingin.

Timbalan Koroner Sabine Parish, Ron Rivers berkata, suhu di dalam itu melebihi 38 darjah selsius apabila dia memasukinya.

"Bayi itu boleh bernafas. Syukur dia terselamat," kata Rivers.

Menurutnya, Fields kelihatan seperti duduk di sebelah katil dan rebah ke belakang.

"Dia mungkin mati tiba-tiba kerana tidak ada tanda menunjukkan dia cuba bangun. Dia rebah ke belakang lalu menindih anaknya."

Pihak berkuasa dipanggil ke rumah itu kelmarin selepas abang bayi berkenaan yang berusia lima tahun memaklumkan kepada jiran mengenai keadaan adik yang dihempap bapanya.

Ibu kanak-kanak itu berada di penjara kerana kesalahan kecil, tetapi kini dibebaskan untuk menjaga kedua-dua anaknya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Oktober 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1647#sthash.wsNIVHYT.dpuf

No comments:

Post a Comment