Search This Blog

Saturday, October 4, 2014

2 mengaku membunuh


Jurucakap polis Thai berkata semalam, kes itu yang menjejaskan industri pelancongan negara berkenaan hampir selesai.

Mayat David Miller, 24, dan Hannah Witheridge, 23, ditemui di pantai Koh Tao, atau Pulau Penyu di selatan negara itu pada 15 September lalu, berhampiran hotel tempat mereka menginap.
“Suspek mengaku mereka yang membunuh. Kami membawa mereka ke tempat kejadian untuk merangka semula jenayah itu,” kata Ketua Polis Thai, Somyot Poompanmoung.

Lelaki berkenaan yang polis namakan ‘Saw’ dan ‘Hin,’ memakai topi keledar putih dengan tangan bergari ketika melakonkan semula jenayah berkenaan, amalan biasa dalam kes bunuh di Thailand.

“Mereka merogol Hannah sebelum membunuhnya. DNA kedua-dua lelaki sama dengan DNA yang ditemui pada mayat mangsa,” kata Somyot kepada wartawan di Koh Tao.
Foto
DUA lelaki Myanmar (bertopi) keledar yang disyaki membunuh dua pelancong Britain, dibawa ke tempat pembunuhan, semalam.
Polis Thai sebelum ini berdepan dengan tekanan untuk menjejaki pembunuh terbabit.

Dengan dua suspek itu dalam tahanan, polis kini berusaha mengumpulkan bukti dan akan mendapatkan waran tangkap daripada mahkamah, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Jaktip Chaijinda.
Menurutnya, seorang lagi rakyat Myanmar yang ditahan sejak kelmarin disyaki turut terbabit.

Hasil pemeriksaan oleh pegawai forensik Thai menunjukkan Miller mati akibat lemas dan cedera di kepala sementara Hannah mati kerana kecederaan teruk di kepala.

Somyot berkata, jenayah itu mungkin berpunca daripada cemburu seksual.

“Suspek melihat mereka bercumbuan, menyebabkan nafsu seks mereka terangsang. Mereka menyerang pasangan itu, membunuh mangsa lelaki sebelum memperkosa wanita berkenaan,” katanya.

Beberapa kumpulan hak asasi bagaimanapun menyuarakan rasa bimbang kerana suspek tidak diwakili peguam.

“Mereka ditahan tanpa diwakili peguam. Kami meragui proses kehakiman itu, khususnya mengenai pengakuan mereka,” kata aktivis hak asasi manusia, Pornpen Khongkachonkiet.

Pekerja asing, khususnya dari Myanmar, sering menjadi kambing hitam dalam kejadian jenayah di Thailand. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment