Search This Blog

Wednesday, October 22, 2014

2 kanak-kanak maut nahas di Sandakan

RABU, 22 OKTOBER 2014 @ 1:56 PM

  
SANDAKAN: Dua kanak kanak perempuan berusia lapan tahun maut apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Batu 26, Jalan Labuk, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 5.45 petang itu, kedua-dua mangsa yang belum dikenal pasti identitinya, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent.

Tujuh lagi mangsa kini menerima rawatan di hospital sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali, mengesahkan kejadian itu sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment